Tuesday, 26 March 2013

Gosip Terbaru Yang Paling Hangat

1. Sharnaaz Ahmad iaitu cinta hati kepada penyanyi Shila Amzah dikatakan cemburu gara-gara buah hatinya itu membuat persembahan bersama penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah sewaktu di malam Anugerah Planet Muzik 2012 Lalu. Pelakon itu Marah Taufik Batisah, Merajuk Dengan Shila Amzah?


2. Sehari selepas isu Sharnaaz Ahmad dengan dengan kekasih hatinya, Shila Amzah diberitakan telah meninggalkan cinta hatinya tu.

3. Bila ada pihak yang mengkritik tentang betis aktres cantik ini besar seperti batang pisang. Apa reaksi Neelofa?

4. Dia sekali lagi dihimpit kontroversi berikutan seorang pereka fesyen bernama Nurita Harith yang mendakwa aktres itu bersikap kurang ajar serta tidak profesional. Pereka Kecam Neelofa Kerana Biadap, Tak Profesional! – sehingga kini Lofa belum membuat sebarang penjelasan.

5. Sampai Bila Zed Zaidi Nak ‘Tepuk Angin’? Hanya Presiden Seniman itu saja yang tahu sampai bila dia mahu berterusan begitu.


Friday, 22 March 2013

Puteri Sarah Nekad Bertudung Penuh !!!

Alhamdulillah, pada hari JUMAAT yang merupakan penghulu segala hari, kita dikhabarkan bahawa pelakon wanita Malaysia, Puteri Sarah Liyana mendapat hidayah untuk bertudung penuh.


" Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari yang lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya"

Thursday, 21 March 2013

Pengarah Mengaku Kirim Mesej Berbaur Seks Kepada Carmen Chew, Pelakon Baru.


Dipetik dari laporan sebuah akhbar tempatan, seorang pengarah drama yang dikenali sebagai Rashid Ahmad, 38 atau Rashid San mengaku telah menghantar sebuah mesej berbaur seks kepada pelakon baru yang dikenali sebagi Carmen Chew Richy, 22 pada Januari 2013 atas tujuan untuk menyedarkan pelakon wanita tersebut yang dikatakan tidak membayar sewa rumah di Setapak.
Namun begitu, pengarah tersebut telah meminta maaf secara terbuka kepada Carmen Chew di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), semalam.
Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya – ujar Carmen Chew

Untuk makluman, sebelum ini Carmen Chew pernah mendakwa pengarah drama tersebut atas tindakan mengirimkan mesej berbaur seks kepadanya dan selain itu, dirinya turut dikatakan dipukul, ditampar dan tidak dibayar gaji oleh pengarah tersebut.
Menurut laporan yang sama, punca Rashid berbuat demikian kerana Carmen dikatakan enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik biarpun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit.

TAHNIAH !!! Fizz Fairuz Selamat Bertunang

10 FEBRUARI 2013


Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini 10 FEBRUARI 2013 juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz. Tunang Fizz bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Lynn. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.
Kita semua berdoa agar dapat naik ke atas pelamin & bahagia hibgga ke Syurga ALLAH.